BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friendship
Grab a Funny Picture from pYzam.com

10.10.09

JELEZ.

assalamualaikum..
swi,jiwa kcu..klu ikutkn aty,aq da rmbat da kpale dye,tp pk kwn je...

wei,aq syg sya r..ko pahal??bjet nk rmpas sya dr aq r..langkah dlu mayat aq..polak btol..

28.8.09

suatu keindahan..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang...
aku renung..
dan renung..
pokok disebalik tingkap..
berhampiran bilik..
semakin hari semakin indah..
pokok yang mule mengeluarkan putik2 bunga..
pokok yang tdk kuketahui namanya..
yang aku tahu hanya Penciptanya..
ku renung lagi..makin lame dipandang,,
semakin indah..
subhanaAllah..
ciptaan Allah yang Maha Pencipta..
siapa lagi yang mampu menciptanya???? siapa???
tiada siapa melainkan Allah yang Esa..
kembali teringat malam yang cukup indah bersama sahabat2..
sehari sebelum tiba nya ramadhan yang cukup indah..
satu luahan..
satu perkongsian..
satu muhasabah..
satu kenangan..
yang insyaAllah akan memberi impak yang cukup besar bagi kami semua..
kesempatan yang agak pendek dihadiahkan oleh Allah untuk kami rasai,
akan cube kami kenangi sedalam2 nya..
ambil ikhtibar disebalik keindahan malam itu..
subnaAllah..
disitu aku tahu kekurangan ku sebagai hambaNya yang sgt jahil ini..
astaghfirullah..
sungguh teruk akhlak ku rupenye..
tentu ibadah ku juge tdk sempurna..
masyaAllah..
patt la diri ini terleka..
sehingga melakukan sesuatu di luar jangkaan semua org..
YaAllah..
Kau Maha Pengampun..
Kau Maha Mengetahui..
Tunjukkan aku Ya Allah..
rendahkan pandanganku..
tundukkan hatiku..
jgan biarkan ia terus2 bersifat raja yang zalim..
sombong dan angkuh..malam yang indah..
suatu keindahan yang kami rasai bersama..
syukran kepada sahabat2..
diatas semua yang dilontarkan..
membuatkan diri ini tersedar dari lena..
"seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang sudi menegur kesilapan sahabatnya..
"Ya Allah..
moge ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..
ku renung lagi putik2 bunga yang indah..
teringat satu persatu wajah sahabat2 pada malam yang indah itu..
terasa keikhlasan hati mereka..
kasih sayang persahabatan kami yang seperti adik beradik..
YaAllah..jangan pisahkan kami..
pada jalanMu kami dipertemukan..
maka,
pada JalanMu jualah Kau pisahkan kami..
inilah suatu keindahan...

kawan..

Sahabat ,
ingati bila sunyi..
Rindui bila jauh..
Pahami bila keliru..
Nasihati bila khilaf..
dan
maafkan bila berbuat salah..
Alangkah indahnya persahabatan bila segalanya karena Allah..
Bersahabatlah ibarat pohon..
Yang berakarkan kesetiaan..
Berbatangkan keikhlasan..
Berdahankan kejujuran..
Berantingkan kesepahaman..
Dan berdaunkan kasih sayang..
Persahabatan adalah anugerah..
Membuat kita tertawa, menangis..
Menerima, dan yang paling penting
ia membuat kita menghargai hidup..
Semoga iman menjadi perisai kemuliaanmu..
Semoga taqwa menjadi benteng pribadimu...

sijil paling mudah (SPM)

ku tengok jam bagai nak pitam
laju nya pon bepusing laju hentam
lalu ku tanya pada diriku
apa gunanya sehari 24 jam

ku garu pale
tanda nak gile
bila result baru ni cacamarba
ku tanam azam
kan gapai bintang
persoalanya bila kan mendatang

dan aku tempuh
dari dorm ke tepi kantin...
g raudhah beratur...
masuk kekelas tak tidur,

lalu ku tuntut
ilmu2 yg yg wajib dituntut
supaya islam kan terbena
harum kekal utuh selamanya

mungkin ada hikmah
kan jelas dipandang ummah
perjuangan maseh panjang
jgn menangis di medan juang

ku pandang kiri ku pandang kanan
dah pun masuk waktu dhuha
ku pandang buku..
sedikit terusik
masih ada tak harapanku
untuk siapkan
untuk setelkan
wei jgn asyek nak menaip saja
kalo taip buatlah kerja
bagi presiden badar pon tak pe....

duhai rakanku
majulah spm demi islam
moga kitakan menjulang
ummah goyah tiada terbilang

dan aku tulus taip ini tok semua
marila kita wat keja
kan senang selamanye.........

27.8.09

ganjilnya ISLAM di zamanku..

apabila perundangan sekularisme dianggap lebih tinggi dari quransunnah.
apabila rambut wanita2 seperti bonggol2 unta kata rasullallah.
apabila zina menjadi satu perkara yg lali.
apabila pemimpin sangat gemar akan perkara lagho
apabila syubhah dianggap rezeki
apabila ulama dicemuh
apabila gerakan islam dianggap PENGGANAS
apabila konsert2 maksiat depan rumah
apabila solat ditinggalkan
apabila riba' diamalkan
apabila rasuah disanjungkan
apabila busana muslim muslimah dianggap kolot
apabila palestin dirosakkan
apabila puasa ditinggalkan
apabila anak luar nikah dibuang
apabila tradisi rogol menjadi budaya
apabila couple mesti dirasa
apabila orang menegur katanya dusta
apabila perjuangan islam dirobek
apabila pusat hiburan laku
apabila konsert jom heboh penuh
apabila umat islam bertikaman
apabila kuasa direbut rebutkan
apabila pendustaan dikatakan keADILan...
apabila muzik merosakkan didengari
semua itu dianggap BIASA.

dan apabila quransunnah dan syariah mesti dibuat
apabila tudung labuh hingga ke lutut
apabila "wala taqrabuzzina" dibaca
apabila pemimpin berciri ulama
apabila mengail semata mata untuk mencari rezeki halal
apabila ulama disanjung tinggi
apabila gerakan islam bangkit
apabila konsert maksiat diharamkan dan dihentikan
apabila solat berjemaah tak pernah miss
apabila kewangan islam menolak riba'

apabila pemberi rasuah ditahan
apabila busana muslim muslimah di pancainderakan di mingguan malaysia
apabila palestin masih bertahan
apabila puasa sunnat diamalkan
apabila sifar anak luar nikah diharapkan
apabila rogol tiada?
apabila aku tak pernah couple
apabila orang menegur disayangi
apabila perjuangan islam diterima semua
apabila pusat hiburan diharamkan
apabila jom heboh ditemplak mufti perak
apabila umat islam bersatu dibawah payung quran sunnah
apabila kuasa diserah pada yang haq
apabila keADILan ditegakkan
apabila remaja suka nasyid semuatu dianggap GANJIL DAN PELIK!

aku nak berubah..

YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…

NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

Adam,mengertilah...

Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam,mengertilah...

oh lelaki idaman..

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang
buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu
daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

cinta vs suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.




Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.



Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

untuk gadis shj..

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...


Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...


http://img517.imageshack.us/img517/462/gadisayufg7.jpg

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...


Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.


http://img401.imageshack.us/img401/5127/awakkjl6.jpg

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...


Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!


http://www.al-islam.org/gallery/kids/Clipart/children/0781.JPG

Seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...


Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah

bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.


"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...