BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friendship
Grab a Funny Picture from pYzam.com

22.8.09

manisnye pernikahan

Kisah yang aku masih ingat-ingat lupa, mengenai sepasang suami isteri yang sangat bahagia. Pada suatu hari, tiba-tiba suami mencadangkan supaya ada satu hari untuk mereka menyenaraikan setiap kebaikan dan keburukan pasangan masing-masing.


"Sayang, apa kata kita buat satu permaianan. Kita senaraikan semua keburukan pasangan supaya bila masa akan datang, kita akan lebih menjadi pasangan yang saling memahami dan akan lebih menyayangi lagi." Cadangan si suami.


"Oh, boleh sahaja wahai suamiku." Kata isteri tanpa beralih atau berbolak balik.


"Untuk lebih jujur, pada malam ini kita tidur berasingan supaya apa yang kita tulis itu telus" Si suami membuat permintaan lagi.


Si isteri kelihatan bermuram sedikit, tapi dia menjawab, "Apa-apa sahaja buat suamiku" sambil menghadiahkan senyuman kepada suaminya.


Pada malam itu, si suami tidor di luar dan menyenaraikan segala keburukan isterinya. Sampai berjela-jela sehingga berkertas-kertas dia menulis apa yang menjadi persoalan dia dan berharap agar isterinya mengetahuinya.


Tiba paginya, mereka bertemu di meja makan sambil menimati sarapan.


"Apa kata kita mulakan permainan kita ni. Biar abang senaraikan dahulu ea" pinta si suami. Si suami pun menyatakanlah kesemua keburukan si isteri. Di bahagian isteri, kelihtan manik-manik keluar dari matanya. Apabila menyedari si isteri menangis, si suami bertanya, "Sayang boleh ke, ke atau nak abang berhenti setakat ini je"


"Takpalah abang, saya teringin nak tahu ape kekurangan saya pada abang"


Tanpa berlengah, si suami menghabiskan setiap senarainya. Setelah selesai, si suami pun meminta si isteri pula. Oleh kerana tidak dapat menahan air mata dari mengalir, si isteri hanya menyerahkan sahaja kertas nya kepada suaminya.


"Sayang, apa ni. Ni kertas kosong je nih. Sayang tak buat ye. Kan kita dah janji nak senaraikan, sayang tidor ke" ada nada tidak puas hati dalam suara suami.


"Sayang bukan tidor, malah, sayang tak dapat tido memikirkan setiap keburukan dan kelemahan abang. Sayang cuba cari, tetapi takde. Manakan sayang dapat lihat keburukan abang sedangkan abanglah yang menjaga sayang, yang memberikan segala-galanya kepada sayang, yang sentiasa berada di sisi sayang bila sayang memerlukan abang. Manakan ada kelemahan abang yang sayang dapat fikir, kerana sesungguhnya Allah memberikan sayang seorang suami yangterbaik buat sayang. Abang sangat bermakna buat sayang"


Si suami terkedu. Dan terus memeluk si isteri dan barulah dia menyedari bahawa isteri yang dikurniakan oleh Allah buat dia adalah secukup sempurna dan selengkapnya untuk melengkapi hidupnya.


Begitulah kisah yang aku masih ingat. Namun, aku tak menyangka perkara ini akan berlaku juga dalam sebuah persahabatan. Perkara yang sama tetapi dalam konteks yang lain. Dalam konteks persahabatan.

0 ~kata owg~: